Kenyataan Bersama | Adakah Kita Mahu Kembali Ke Zaman Tidak Boleh Mengkritik Kerajaan?

Kami, kumpulan masyarakat sivil serta individu yang bertandatangan, mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Madani yang melaksanakan siasatan terhadap beberapa aktivis, ahli akademik dan pengkaji politik di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas alasan “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen”. Kami berpandangan bahawa tindakan ini adalah jelas suatu bentuk intimidasi dan percubaan yang serius untuk membungkam suara rakyat daripada mengkritik kerajaan secara sah dan berfakta.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, pihak PDRM telah memanggil The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), BERSIH serta beberapa orang ahli akademik, pengkaji dan penganalisis politik seperti Prof. Madya Dr Syaza Shukri (UIA), Dr Mazlan Ali (UTM) dan Aziff Azuddin (Iman Research). Menurut satu kenyataan daripada polis, seramai 14 orang telah disoal siasat. Kami mendapat maklumat bahawa lebih ramai lagi akan dipanggil oleh pihak PDRM dalam masa terdekat, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa satu operasi yang lebih luas sedang dijalankan untuk menyiasat dan memprofilkan suara-suara kritikal dalam masyarakat sivil dan komuniti akademik.

Pihak PDRM telah menanyakan pelbagai soalan dalam siasatan mereka untuk menghubungkan individu/organisasi yang dinamakan dalam emel yang sedang disiasat oleh mereka. Sejumlah 80 soalan yang ditanyakan adalah berkenaan kritikan yang pernah ditujukan kepada kerajaan, sumber maklumat, sumber pendanaan, penubuhan kumpulan tertentu untuk mengkritik kerajaan, kesan kritikan kepada persepsi rakyat, bila pertama kali terdengar cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan pelbagai lagi soalan yang cuba mengaitkan para aktivis dan ahli akademik kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan secara tidak sah.

Selain daripada itu, pihak PDRM dalam kenyataan pada 13 Mac juga mereka sedang mengesan saksi-saksi penting dan mendakwa saksi-saksi ini sedang bergerak ke luar negara. Adakah pihak PDRM ingin memberikan gambaran atau mewujudkan persepsi seolah-olah saksi-saksi ini mahu melarikan diri dan mengelakkan diri daripada disoal siasat kerana melakukan kesalahan?

Perkembangan ini amat membimbangkan terhadap kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan, termasuk institusi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak ada mekanisme semak dan imbang yang kukuh. Corak soal siasat seperti ini memberi gambaran bahawa kritikan terhadap kerajaan sedang cuba diputarbelitkan sebagai ancaman terhadap negara. Ini adalah satu pendekatan yang amat berbahaya dan langsung tidak selari dengan prinsip sebuah demokrasi yang matang.

Apa yang kami khuatiri adalah komentar, analisis dan kritikan yang berasaskan maklumat yang sedia ada, bernas dan memberi cadangan penambahbaikan dianggap sebagai aktiviti yang boleh menjatuhkan kerajaan dan menjejaskan demokrasi berparlimen. Walhal, kebanyakan kritikan yang ditujukan kepada kerajaan terutamanya SPRM dalam konteks pencegahan rasuah di Malaysia adalah supaya institusi-institusi demokrasi dan penguatkuasaan di negara kita diperkasakan dengan lebih baik melalui semak dan imbang yang berkesan, bermakna dan mencegah mana-mana satu individu daripada memegang kuasa yang terlalu besar.

Sehubungan itu, kami ingin menyatakan dengan keras tuntutan kami kepada Kerajaan Madani:

  1. Hentikan intimidasi melalui penggunaan wewenang Seksyen 124B Kanun Keseksaan untuk menyiasat aktivis dan rakyat yang memberi bersuara dan hanya menekan kebebasan bersuara/berekspresi serta kebebasan akademik. Kritikan-kritikan yang sah dan bernas tidak wajar dianggap sebagai satu aktiviti untuk menjejaskan demokrasi berparlimen. Malah sebaliknya, kritikan dan pandangan yang diberikan adalah untuk mengukuhkan demokrasi berparlimen di Malaysia. Perkara ini juga merupakan asas dan teras kepada demokrasi di mana Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan rakyat untuk bersuara melalui Perkara 10.
  2. Memastikan adanya ketelusan yang jelas serta pendedahan penuh mengenai niat, tujuan dan skop siasatan ini. Kekaburan atau kegagalan memberikan penjelasan yang memadai hanya akan memburukkan lagi defisit kepercayaan terhadap institusi awam. Dalam keadaan ini, proses siasatan juga berisiko ditafsirkan sebagai satu bentuk perangkap (entrapment) terhadap rakyat yang bersuara, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang keadilan prosedur dan integriti institusi yang terlibat.
  3. Kerajaan Madani tidak mempergunakan PDRM dan pihak-pihak penguatkuasaan yang lain sebagai senjata terhadap mana-mana pihak jika tidak selesa dengan kritikan atau pandangan yang dibangkitkan oleh mereka. Institusi penguatkuasaan mesti kekal bebas, profesional dan tidak dipolitikkan, serta berfungsi berasaskan undang-undang dan kepentingan rakyat, bukannya digunakan untuk menekan suara yang kritikal.
    Penggunaan undang-undang keselamatan negara seperti Seksyen 124B terhadap aktivis masyarakat sivil dan ahli akademik hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa kerajaan sedang kembali kepada amalan lama — menggunakan instrumen penguatkuasaan negara untuk membungkam suara pengkritik.

Kami ingin mempersoal adakah Kerajaan Madani, terutamanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah terlupa bahawa beliau suatu ketika dulu adalah pengkritik kerajaan paling lantang, malah pernah pun dituduh sebagai ejen CIA, ejen Zionis dan pelbagai lagi gelaran bagi memberi persepsi bahawa beliau dan pakatannya dipengaruhi anasir luar yang bertujuan menggugat keharmonian negara? Namun mengapa kini Kerajaan Madani menggunakan naratif dan taktik yang serupa bagi membungkam kritik-kritik masyarakat sivil, ahli-ahli akademik dan penganalisis politik? Tidakkah ini satu hipokrasi terbesar?

Kami menggesa Kerajaan Madani agar tidak mempergunakan PDRM dan pihak-pihak penguatkuasaan yang lain sebagai senjata terhadap mana-mana pihak jika tidak selesa dengan kritikan yang dibangkitkan oleh mereka. Kini adalah zaman di mana kita perlu mengorak langkah ke depan dengan mereformasikan institusi-institusi penguatkuasaan bagi melindungi rakyat, bukan membenamkan belati kepada rakyat yang mengkritik dan bersuara demi penambahbaikan institusi dan demokrasi.

Hidup rakyat! Merdeka!

 

Dikeluarkan oleh:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
  2. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  3. Center for Independent Journalism (CIJ)
  4. CSO Platform for Reform
  5. Justice for Sisters
  6. Lawyers for Liberty (LFL)
  7. Pusat KOMAS
  8. Rasuah Busters
  9. SIS Forum (Malaysia)
  10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Disokong oleh:

Kumpulan masyarakat sivil (CSO)

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  3. Beyond Borders Malaysia
  4. Borneo Komrad
  5. Cahaya Society
  6. Citizens International
  7. Family Frontiers
  8. Federasi Pemuda Kebangsaan (FEDERASI)
  9. Five Arts Centre (FAC)
  10. Freedom Film Network
  11. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  12. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  13. HAKAM
  14. HAYAT
  15. Islamic Renaissance Front
  16. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  17. Jawatankuasa Hak Sivil – Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH-CRC)
  18. JEJAKA
  19. Jentayu
  20. Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section
  21. Lawyer Kamek (Sarawak)
  22. Liga Mahasiswa UTM
  23. Liga Rakyat Demokratik
  24. MANDIRI
  25. Pangrok Sulap
  26. PEN Malaysia
  27. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM | ROSE)
  28. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
  29. Pride In Research
  30. Project Stability and Accountability in Malaysia (Projek SAMA)
  31. Ruang Lawan Malaysia
  32. Sabah Reform Initiative (SARI)
  33. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  34. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  35. SPARC
  36. Suara Mahasiswa UMS (SMUMS)
  37. Tenaganita
  38. The Instant Cafe Theatre Company S/B
  39. Women’s Aid Organisation (WAO)
  40. Undi18 (Persatuan Pengundi Muda)
  41. Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (Environmental Protection Society Malaysia, EPSM)
  42. Suara Siswa Universiti Malaya
  43. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  44. North South Initiative (NSI)
  45. Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (Martabat PJ)
  46. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  47. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)
  48. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
  49. Women for Equality Association (WEA)

Individu

  1. Abdul Basit Hisyam bin Abu Khairi
  2. Abu Khairi bin Mat Hopi
  3. Adriana Abu
  4. Anne James
  5. Bina Ramanand
  6. Edmund Terence Gomez
  7. Foong Kok Leong
  8. Haslinah Binti Yacob
  9. Irdina Zahari
  10. Kent
  11. Liyana Pillai
  12. Maha Balakrishnan
  13. Mahi Ramakrishnan
  14. Mohd Hafiz Chai Bin Abdullah
  15. Mohd Khairul Nidzam
  16. Nurulhuda Abu Bakar
  17. Omar bin Shawkataly
  18. Ooi Kok Hin
  19. Richard YW Yeoh
  20. Rusni Tajari
  21. Syaza Shukri
  22. Tan Cher Kian
  23. YB Hassan bin Abdul Karim
  24. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
  25. YB Onn Abu Bakar
  26. YB Rafizi Ramli
  27. YB Rodziah Ismail
  28. YB Wong Chen
  29. YB Zahir Hassan
  30. Yuen Phooi Chee

Diskusi #2 Klab.mlm:Baca & Tanding

Diskusi #2 Klab.mlm

Ramadan adalah bulan berfikir, soal dan cabar.

Ayuh sertai Klab.mlm edisi seterusnya untuk acara bacaan tanding, yakni lawan wacana arus perdana yang terlalu lama kita telan tanpa soal. Kita sembang buku yang mencabar cara kita faham sejarah, agama dan moral.

Pembicara:
Azan Safar — Citra Sempurna Warisan Sejarah oleh Syed Hussein Alatas
Cheah Kui Chen — Islam dan Sosialisme oleh Syed Hussein Alatas
Maryam Zakiah — Gendered Morality oleh Zahra Ayubi

Sebelum diskusi, kita turun dapur dulu! Masak bubur lambuk dan edar pada komuniti.

Perubahan bukan lahir dari wacana elit semata; ia lahir dari solidariti, dari meja makan, dari dapur rakyat.

Kalau resah, ini ruangnya.
Kalau tak puas hati, ini pentasnya.

Masak, baca, lawan. Jumpa di #Klab.mlm!
Daftar di: https://forms.gle/ZJWt2Ts8oXgMeKWK8

Joint Statement Against the Myanmar Junta’s Attack on Malaysia’s Human Rights Body

We, the undersigned trade unions, civil society organizations, and human rights organizations, express our solidarity with the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) following the public statement issued by the Myanmar National Human Rights Commission (MNHRC) on 22 December 2025.

This responds to MNHRC’s criticism of SUHAKAM’s media statement concerning the planned elections in Myanmar.

We reject MNHRC’s characterisation of SUHAKAM’s statement as baseless or inappropriate. As a National Human Rights Institution, SUHAKAM has a clear mandate under the Paris Principles to speak out on serious and continuing human rights concerns, including those with regional implications. Public engagement on such matters falls squarely within this mandate and does not constitute interference in the internal affairs of any state.

Contrary to MNHRC’s claims, SUHAKAM’s concerns are grounded in documented evidence of widespread killings, arbitrary detention, mass displacement, and the systematic repression of political opposition and civil society since the February 2021 coup. These facts have been recorded by multiple independent monitoring bodies and international mechanisms and form the basis of SUHAKAM’s assessment that conditions in Myanmar are not conducive to a genuine democratic process.

MNHRC’s objection to the use of the term “military junta” is misleading. This terminology is widely and consistently used by the United Nations, the International Labour Organization, and other international bodies to describe the authorities that assumed power following the February 2021 military coup. In particular, the ILO Commission of Inquiry refers to Myanmar’s current authorities as a military junta in its official findings. The use of this term therefore reflects established international usage and factual assessment, not political bias or inflammatory intent.

Invoking sovereignty and non-interference does not exempt any state or state-linked institution from scrutiny when grave human rights violations persist. The ASEAN Charter recognizes the promotion and protection of human rights as a shared commitment of member states. Raising concerns about the credibility of elections held under conditions of violence, repression, and exclusion is consistent with, not contrary to, ASEAN principles.

We further note that SUHAKAM’s position on declining engagement with the planned elections is grounded in human rights considerations. Refusing to endorse or participate in an electoral process conducted amid armed conflict, widespread arrests, the banning of political parties and trade unions, and the absence of fundamental freedoms cannot be construed as prejudgment. It reflects adherence to international standards on free and fair elections.

We are alarmed by MNHRC’s own assertion that “the first and second phases of the multi-party general election led by the State were conducted successfully, freely, and fairly,” and that the final phase “will also proceed as scheduled.” Such endorsement of an electoral process taking place amid armed conflict, mass arrests, suppression of political parties and trade unions, and the absence of basic freedoms goes far beyond institutional neutrality.

By publicly defending the credibility of this process and attacking another National Human Rights Institution for raising concerns, MNHRC is not acting as an independent human rights body, but rather as a defender and attack dog of the military authorities’ political narrative. This raises serious questions about its
compliance with the Paris Principles and provides legitimate grounds for review of its standing within regional NHRI platforms, including SEANF, consistent with the accountability measures applied by GANHRI and the APF in similar circumstances.

Rather than attacking other National Human Rights Institutions, MNHRC should address the extensive documentation of violations occurring within Myanmar, including killings, arbitrary detention, forced labour, and attacks on workers, trade unionists, and civil society actors. Failure to confront these realities threaten the credibility of any institution tasked with the protection of human rights.

We support SUHAKAM’s statement and its call for accountability and respect for international human rights and labour standards. National Human Rights Institutions exist to protect rights holders and to speak truthfully about violations, even when such truths are inconvenient to those in power.

Human rights are universal and cannot be set aside through selective interpretations of sovereignty.

 

Global Union Federations:

  1. Building and Woodworkers International (BWI) – Asia Pacific
  2. Education International (EI) – Asia Pacific
  3. IndustriALL – Southeast Asia
  4. International Domestic Workers Federation (IDWF) – Asia Pacific
  5. International Federation of Journalists (IFJ) – Asia Pacific
  6. International Trade Union Confederation (ITUC) – Asia Pacific
  7. International Transport Workers’ Federation (ITF) – Asia Pacific
  8. International Union of Food, Agricultural, Hotel, Restaurant, Catering, Tobacco and Allied Workers’ Associations (IUF) – Asia Pacific
  9. Public Services International (PSI) – Asia Pacific
  10. UNI Global Union – Asia Pacific

ASEAN Member States

Indonesia:

  1. Badan Eksekutif Mahasiswa Sekolah Tinggi Hukum Indonesia Jentera
  2. Chemical Energy Mining Workers Union (CEMWU)
  3. Federasi Kebangkitan Buruh Indonesia (FKUI)
  4. Federasi Pertambangan dan Energi (FPE)
  5. Federasi Serikat Buruh Kerakyatan Indonesia (SERBUK Indonesia)
  6. Federasi Serikat Buruh Persatuan Indonesia (FSBPI)
  7. Federasi Serikat Pekerja Bandara Indonesia (FSPBI)
  8. Federasi Serikat Pekerja Mandiri (FSPM)
  9. Federasi Serikat Pekerja Metal Indonesia (FSPMI)
  10. Gerakan Buruh Bersama Rakyat (GEBRAK)
  11. Ikatan Keluarga Korban Orang Hilang Indonesia (IKOHI)
  12. Independent Educator Union Indonesia (INERU Indonesia)
  13. Jaringan Nasional Advokasi Pekerja Rumah Tangga (Jala PRT)
  14. Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (KontraS)
  15. Konfederasi Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia (KASBI)
  16. Konfederasi Persatuan Buruh Indonesia (KPBI)
  17. Koreksi.org
  18. Lembaga Bantuan Hukum Bali (LBH Bali)
  19. Lembaga Bantuan Hukum Surabaya (LBH Surabaya)
  20. Marsinah.ID
  21. Partai Pembebasan Rakyat
  22. Perempuan Mahardika
  23. ⁠Persatuan Buruh Migran (PBM)
  24. Senat Mahasiswa Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara
  25. Sentral Gerakan Buruh Nasional (SGBN)
  26. Serikat Awak Kapal Transportasi Indonesia (SAKTI)
  27. Serikat Buruh Konstruksi Indonesia (SBKI)
  28. Serikat Pekerja Angkutan Indonesia (SPAI)
  29. Solidaritas Kemanusiaan untuk Rakyat Myanmar (SKRM)
  30. Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI)

Philippines:

  1. Burma Solidarity Philippines
  2. NAGKAISA Labor Coalition from Philippines
  3. National Union of Building and Construction Workers (NUBCW)

Malaysia:

  1. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK)
  2. BERSIH – The Coalition for Free and Fair Elections
  3. CSO Social Protection Contributors Advisory Association Malaysia (SPCAAM)
  4. End Detention Network (EDN) Malaysia
  5. HAYAT
  6. Kesatuan Pekerja-Pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (KPPPKNS)
  7. KLSCAH Civil Rights Committee
  8. KLSCAH Youth
  9. Malay Forest Officers Union (MFOU)
  10. MANDIRI
  11. Migrant Care
  12. National Union of Bank Employees (NUBE)
  13. National Union of Seafarers Peninsular Malaysia (NUSPM)
  14. National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
  15. North South Initiative (NSI)
  16. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  17. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
  18. Sabah Hotel, Resort, and Restaurant Union (SHRREU)
  19. Sabah Timber Industry Employees Union (STIEU)
  20. Sarawak Bank Employees’ Union (SBEU)
  21. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  22. Tenaganita
  23. To Earth With Love
  24. Transnational Palm Oil Labour Solidarity (TPOLS)
  25. UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC)
  26. Union of Employees in Trade Unions
  27. Union of Forestry Employees Union (UFES)
  28. University of Malaya Association for New Youth (UMANY)

Myanmar:

  1. Confederation of Trade Unions Myanmar (CTUM)
  2. Building and Wood Workers’ Federation of Myanmar (BWFM)

Cambodia:

  1. Cambodian Alliance of Trade Unions (CATU)
  2. Cambodian Center for Human Rights (CCHR)
  3. Cambodian Center for Independent Media (CCIM)
  4. Cambodian Food and Service Workers Federation (CFSWF)
  5. Cambodian Human Rights and Development Association (ADHOC)
  6. Cambodian Institute of Democracy (CID)
  7. Cambodian Journalists Alliance Association (CamboJA)
  8. Cambodian League for the Promotion and Defense of Human Rights (LICADHO)
  9. Cambodian Tourism Workers Union Federation (CTWUF)
  10. Cambodian Youths Network (CYN)
  11. Center for Alliance of Labor and Human Rights (CENTRAL)
  12. Coalition for Integrity and Social Accountability Association (CISA)
  13. Committee for Free and Fair Elections in Cambodia (COMFREL)
  14. Communication and Media Promotion Organization (CMPO)
  15. Community Legal Education Center (CLEC)
  16. Empowering Youth for an Equitable Society (EYES)
  17. Equitable Cambodia (EC)
  18. Federation Union of Free and Independent (FUFI)
  19. Independent Democracy of Informal Economy Associations (IDEA)
  20. Labor Rights Supported Union of Khmer Employees of Nagaworld (LRSU)
  21. Partnership for Environment and Development Organization (PED)
  22. Sahmakum Teang Tnaut (STT)
  23. The Building and Wood Workers Trade Union Federation of Cambodia (BWTUC)