Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

Kami, pertubuhan masyarakat sivil, badan pemikir dan kumpulan mahasiswa menyatakan kegusaran terhadap pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu. Pengerusi sekarang, Abdul
Ghani Salleh, akan bersara wajib pada 9 Mei 2024 sekaligus menjadikan kerusi terpenting di dalam SPR akan dikosongkan. Hari ini juga kebetulannya adalah ulang tahun keenam PRU14 di mana Malaysia
mengalami perubahan secara demokratik buat pertama kalinya, namun reformasi pilihan raya masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda.

SPR merupakan badan yang utama untuk menjalankan dan mengawal selia pilihan raya di Malaysia, termasuklah mengemaskini daftar pemilih serta melakukan persempadanan pilihan raya. Dua Ahli Pesuruhjaya SPR di bawah pentabdiran Kerajaan Perpaduan, iaitu Datuk Haji Sapdin bin Ibrahim dan Datuk Dr Lee Bee Phang, telah dilantik tanpa melalui Parlimen justeru melanggar manifesto baik Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional. Hal ini tidak boleh diulangi lagi bagi melantik Pengerusi SPR yang baharu kerana risikonya lebih besar.

Pengerusi SPR mempunyai kuasa dan budi bicara yang luas untuk memimpin Suruhanjaya ini dalam menzahirkan rancangan reformasi pilihan raya. Bukan setakat itu sahaja, Pengerusi SPR baharu juga  akan berhadapan dengan beban baharu untuk menyelesaikan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundian secara automatik (PPSA). Kedua-dua Undi18 dan PPSA telah menambahkan 6.23 juta pengundi baharu ke dalam daftar pengundi PRU15 (dan dijangka akan terus meningkat sehingga PRU16), sekaligus memperburuk pembahagian kawasan tidak sekata (malapportionment) di Malaysia. Hal ini menatijahkan:

  1. Ketidaksamaan undi: Sebagai contoh, 1 undi di kawasan Bangi hanya mempunyai nilai ⅕ 1 undi berbanding di kawasan Sabak Bernam – di negeri Selangor yang sama, yang melanggar Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan
  2.  Agihan peruntukan yang tidak setara kepada Ahli Parlimen: Terdapat perbezaan yang ketara antara tanggungjawab wakil rakyat dan pengagihan peruntukan yang tidak sama rata. Sebagai contoh: Jika setiap MP menerima RM 100,000 untuk berkhidmat di kawasan mereka, setiap pengundi di Tebrau hanya menerima 0.45 sen berbanding RM 2 setiap seorang di Labis, di negeri Johor yang sama).

Kami mempunyai data untuk menunjukkan bahawa PPSA dan Undi18 akan terus memperburuk malapportionment (lihat jadual di bawah). Hal ini memerlukan pelakaran semula kawasan pilihan raya,
yang boleh bermula sekarang di Sarawak, 2025 di Sabah dan 2026 di Semenanjung Malaysia. Pengerusi SPR perlu memimpin SPR untuk melakukan persempadanan bagi menyelesaikan isu-isu ini. Jika dibiar
tanpa dicegah, perkara ini akan menyebabkan kekecewaan dan kesinisan sekaligus menghakis penyertaan pengundi.

 

Jadual 1: Kesan Undi18 dan PPSA terhadap malapportionmen

Negeri Nisbah antara kawasan
pilihan raya terbesar dan
terkecil pada PRU15 
Nisbah antara kawasan
pilihan raya terbesar dan
terkecil di pada PRU14 

 

Kesan
Malapportionment
Perlis 1.24 1.21 teruk
Kedah 2.82 2.64 teruk
Kelantan 2.50 2.34 teruk
Terengganu 1.59 1.46 teruk
Penang 2.29 1.85 teruk
Perak 3.89 3. 62 teruk
Pahang 2.62 2.77 baik
Selangor 5.88 4.38 teruk
KL 1.56 1.44 teruk
Negeri Sembilan 2.64 2.27 teruk
Malacca 2.37 2.47 baik
Johor 4.48 3.43 teruk
Sabah 2.66 2.19 teruk
Sarawak 5.06 4.18 teruk
Malaysia 10.73 9.13 teruk

Sumber: Prof Wong Chin Huat and Ooi Kok Hin

Maka, kami menggesa dan mengusulkan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin YAB Datuk Seri untuk segera melaksanakan langkah berikut:

  1.  Mengumumkan pelantikan Pengerusi SPR baharu akan dicalonkan dan disaring melalui penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen Hal Ehwal Pilihan Raya. Jawatankuasa Tetap ini perlu melibatkan Ahli Parlimen dwipartisan, serta menetapkan proses dan kriteria pelantikan Pengerusi SPR baharu yang jelas. Hanya selepas kelulusan parlimen, calon akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk pelantikan rasmi.
  2. Memastikan bahawa calon mematuhi kriteria seperti adil, berintegriti, mempunyai minda dan iltizam untuk melaksanakan reformasi, tidak mempunyai keahlian atau memegang jawatan utama dalam parti politik, serta paling utama kompeten dan berpengetahuan dalam hal ehwal pilihan raya.
  3. Memanggil sidang khas parlimen jika perlu untuk memulakan proses lantikan ini.

Proses yang adil dan telus dalam pelantikan Pengerusi SPR adalah demi kepentingan negara, termasuk juga kerajaan. Semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang wajib diberikan ruang untuk
menyatakan pandangan kepada pelantikan jawatan utama kerajaan seperti ini supaya dapat mengurangkan persepsi campur tangan partisan di dalam pelaksanaan persempadanan yang akan
datang. Bagi mencegah persempadanan pilihan raya menjadi polemik 3R (yang dapat membengkak menjadi ICERD 2.0), langkah pertama adalah untuk membenarkan proses pencalonan dan pelantikan
Pengerusi SPR baharu yang dwipartisan.

Keputusan kini di tangan YAB Datuk Seri sekarang untuk mengumumkan dan melaksanakan reformasiini. YAB Datuk Seri perlu sedar pemilihan Pengerusi SPR seterusnya akan membentuk nilai undi untuk
dasawarsa yang akan datang. Kami menanti respon YAB Datuk Seri.

 

Kenyataan bersama:
Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO)

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
2. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
3. Lawyer Kamek
4. Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
5. Tindak Malaysia
6. Rakan Membangun Masyarakat (PACOS)
7. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
8. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
9. Sabah Human Rights Centre
10. ASEAN Youth Organization Malaysia (AYOMY)
11. Centre for Independent Journalism (CIJ)
12. Demokrat Kebangsaan
13. Nation Building School (NBS)
14. Sisters in Islam (SIS)
15. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
16. Islamic Renaissance Front (IRF)
17. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
18. Movement For Change, Sarawak (MoCS)
19. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
20. Pusat KOMAS (KOMAS)
21. ENGAGE
22. Punjabi Youth Movement Malaysia (GBSM)
23. Bait Al Amanah (House of Trust)
24. Pertubuhan Gagasan Anak Watan Malaysia (WATAN)
25. Youth Section, The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH Youth)
26. Suara Mahasiswa UMS
27. Association of Women Lawyers ( AWL)
28. Himpunan Hijau
29. Aliran
30. Suara Siswa UiTM
31. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
32. Rahman Student League
33. Rahman Solidarity League
34. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
35. G25 Malaysia
36. All Women’s Action Society (AWAM)
37. Development of Human Resources of Rural Areas (DHRRA)
38. Congress IIUM
39. Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)
40. Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF)
41. Save The Schools Malaysia
42. SAVE Rivers
43. Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia (MDM)
44. Student Progressive Front UUM
45. Suara Siswa UUM
46. Society for Equality, Respect and Trust For All Sabah (SERATA)
47. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
48. Transparency International Malaysia
49. Demokrat Universiti Malaya
50. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (PEMANGKIN)
51. Global Bersih
52. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
53. Liga Rakyat Demokratik
54. Mahasiswa Progresif Universiti Malaya
55. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
56. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (Family Frontiers)

Individu:
1. Dr Wong Chin Huat, Professor, Sunway University
2. Ms Sahilah Ain Sathakathulla
3. Ho Yock Lin, presiden AWAM
4. Cikgu Rahayu, pengasas Buku Jalanan Chow Kit
5. Datuk Dr Toh Kin Woon, former Penang State exco
6. Brigadier Jeneral (B) Dato Arshad Raji
7. Dr Edmund Terence Gomez, former Professor of Political Economy, Universiti Malaya
8. En Chan Siew Joe, IBM Z Ambassador
9. Dr Azmil Mohd Tayeb, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
10. Dr. Savinder Kaur Gill, Assistant Professor, School of Politics, History and International
Relations, University of Nottingham Malaysia
11. Datuk Dr Johan Samad, former CEO of the Institute for Development Studies Sabah
12. Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Profesor (Sains Politik), Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia
13. Hazman Baharom, Waseda University
14. Nur Adilla, Waseda University
15. Dato’ Ambiga Sreenevasan, former chair of the Institutional Reforms Committee and Bersih chairperson
16. Beverly Joeman, former Bersih Vice-Chair (Sabah)
17. Tan Sri Mohd Sherif Kassim
18. Shah Fariq Aizal Sha Ghazni
19. Brenda Yong Ping Ping
20. Lim Wei Jiet, Peguam
21. Maha Balakrishnan, Pakar Hal Ehwal Parlimen
22. Iqbal Fathki, Ketua Editor Cilisos
23. Dr Lim Chee Han, Koordinator Manifesto Rakyat
24. Datin Fazar Arif, Pengasas, Pergerakan Orang Wanita Empowerment and Revolution (POWER)

 

Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

9 Mei 2024