Bersatu Melawan Penganiayaan: Alumni Pengajian Gender Menentang Gangguan Seksual Di Universiti Malaya

Surat Terbuka kepada Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kami, alumni program MA Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dengan rasa sangat kesal ingin mendesak perhatian segera berhubung kes-kes gangguan seksual yang masih berulang di universiti. Terkini, satu laporan gangguan seksual melibatkan seorang pensyarah dari Institut Sains Matematik, Fakulti Sains yang dilaporkan menghantar gambar-gambar bogel dan melakukan gangguan seksual kepada beberapa orang pelajarnya. Pada 17 Disember 2024, Kelab Feminisme UM telah mengangkat isu ini, dan turut menekankan kebimbangan wujudnya pesalah laku gangguan seksual lain di beberapa fakulti lain. Kes-kes gangguan seksual yang terus berulang di sebuah institusi berprestij ini tidak boleh menjadi kebiasaan dan tidak sepatutnya diberi muka lagi.

Kes baru-baru ini bukanlah kes terpencil di kampus-kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, terutamanya di UM. Statistik dari Kelab Feminisme UM menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang pelajar pernah mengalami gangguan secara seksual di kampus dan hanya 11.1 peratus daripada jumlah ini yang tampil membuat tindakan lanjut. Bahkan, sejak beberapa tahun lepas, telah terdapat beberapa kenyataan berhubung kes gangguan seksual, salah laku dan eksploitasi yang telah tular melibatkan pelajar dan staf universiti.

Contoh-contoh kes di atas hanyalah sebahagian daripada banyak lagi kes-kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan oleh mangsa. Situasi ini disebabkan ketakutan memandangkan status mereka sebagai pelajar dan ketidakyakinan pada komitmen UM dalam menangani isu ini sebaiknya. Kes gangguan dan eksploitasi seksual ini menunjukkan betapa normalnya budaya rogol dan eksploitasi seksual ke atas pelajar dan betapa tidak selamatnya kampus universiti ini. Berulangnya kes sebegini juga membuktikan adanya masalah sistemik yang lebih mendasar sehingga kampus menjadi ruang yang berbahaya kepada wanita dan pelajar. Hal ini menjadi lebih parah rentetan kegagalan UM dalam menguatkuasakan kod tatakelakuan dan polisi berkaitan gangguan seksual secara berkesan.

Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi wajib mengambil langkah-langkah pantas dan drastik bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar supaya tidak terus berada dalam risiko gangguan dan penganiayaan.

Sepuluh tuntutan kami adalah seperti berikut:

  1. Kami mendesak penggantungan tugas segera terhadap mana-mana anggota fakulti yang dituduh dengan bukti yang kukuh sejurus selepas laporan dikemukakan. Tindakan ini penting untuk melindungi keamanan dan keselamatan pelajar lain sepanjang penyiasatan dilaksanakan.
  2. Meneliti semula dan menambah baik Kod Bebas Eksploitasi Penganiayaan dan Gangguan Seksual (KOD) supaya berfokus untuk melindungi dan memberdaya pemandiri (survivor-centric) dan bukannya melindungi reputasi universiti atau orang kena tuduh tersebut.  Antara penambahbaikan utama yang perlu dilakukan adalah mempercepat jangka masa proses aduan serta siasatan. Proses penelitian dan penambahbaikan Kod ini wajib melibatkan wakil dan badan pelajar berkaitan
  3. Kami mendesak supaya identiti pesalah laku seksual dikenal pasti dan dihebahkan secara umum sebagai mekanisme perlindungan kepada komuniti pelajar. Tindakan ini adalah langkah pencegahan dan tanda keseriusan universiti dalam menangani jenayah seksual di IPT.
  4. Kami menuntut ketelusan penuh berhubung hasil siasatan semua aduan kes gangguan seksual. Seluruh laporan penuh siasatan perlu dihebahkan secara umum memandangkan status UM ialah universiti awam. Siasatan juga wajib melibatkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Penglibatan polis juga penting jika dipersetujui oleh pemandiri.
  5. Satu pejabat hal ehwal gangguan seksual atau ombudsman yang bebas ditubuhkan di universiti. Pejabat ini perlu berfungsi dengan autonomi sendiri tanpa terikat dengan pentadbiran universiti bagi memastikan kesaksamaan dalam menguruskan aduan berkaitan.
  6. Memberikan khidmat dan akses ujian kesihatan fizikal dan mental yang diperlukan pemandiri (survivor) kes salah laku seksual dengan kadar segera. Sokongan sebegini penting untuk proses pemulihan dan kesejahteraan pemandiri.
  7. Mewajibkan latihan tahunan tentang pencegahan gangguan seksual yang berkesan kepada semua staf dan pelajar universiti di setiap fakulti, jabatan dan kolej kediaman. Latihan tersebut haruslah merangkumi panduan yang praktikal berkaitan mengenal pasti gangguan, mekanisme aduan, cara membantu secara selamat dan sokongan kepada pemandiri serta menekankan maklumat penting yang terkandung dalam KOD.
  8. Menubuhkan satu jawatankuasa pemantau luar melibatkan alumni, pakar pengajian gender dan pakar perundangan untuk menyelia pengurusan universiti berkaitan kes gangguan seksual serta memastikan pematuhan amalan terbaik.
  9. Melakukan audit bebas secara berkala berkaitan bagaimana aduan gangguan seksual diuruskan. Laporan audit diterbitkan secara umum untuk menjamin akauntabiliti yang berterusan.
  10. Universiti menerbitkan satu laporan tahunan yang memperincikan situasi menyeluruh berkaitan bilangan aduan gangguan seksual yang diterima, proses lanjutan dan setiap hasil siasatan. Laporan ini adalah penting untuk membuktikan ketelusan dan akauntabiliti universiti dalam menangani masalah gangguan seksual.

Kami menyatakan solidariti dengan semua pemandiri gangguan seksual di Universiti Malaya dan menggesa universiti membuat tindakan segera yang tegas. Amatlah mustahak untuk setiap aduan yang dilaporkan disiasat dengan terperinci dan pesalah laku dipertanggungjawabkan sewajarnya. UM merupakan salah sebuah institusi akademik terbaik di Malaysia dengan majoriti pelajar dan staf merupakan perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas UM untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan komunitinya, terutamanya para pelajar.

Kami juga menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan langkah tegas bagi mengekang gangguan seksual dan salah guna kuasa, terutamanya kes yang melibatkan pensyarah. Persekitaran akademik yang selamat dan saksama wajib diwujudkan. Terdapat kekangan yang menghalang para pemandiri daripada bersuara. Hal ini menuntut kepada wujudnya sistem sokongan yang lebih mendukung. Sistem sokongan ini perlu merangkumi akses kepada bantuan komprehensif seperti bantuan guaman, kaunseling dan perubatan. Hal ini bagi memastikan pemandiri menerima semua sokongan yang diperlukan untuk pulih dan mendapat keadilan. Tanpa sistem sebegini, kitaran penganiayaan dan pembungkaman akan terus berlaku, sekali gus menjatuhkan integriti institusi pendidikan kita.

 

Ditandatangani Oleh:

  1. Ayesha Sofia
  2. Davina Kho Siew Ping
  3. Fathul Jannah
  4. Jayamalar Samuel
  5. Harjinder Kler
  6. Nadirah Babji
  7. Nazreen Nizam
  8. Nur Adilla
  9. S. Indramalar

Disokong Oleh (Setakat 5pm, 20 Disember 2024):

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group)
  3. Amirah Mardhiah Abu Bakar (Individual)
  4. Amanda Shweeta Louis (Individual)
  5. Ana Jonessy (Individu)
  6. Animah Kosai, the Speaking Up Network
  7. Ahmad Mustaqim (Individu)
  8. Association of Women Lawyers
  9. Asma Mohammed Noor (Individu)
  10. Azman bin Baharudin (Individu)
  11. Bichara Malaya
  12. CBIB
  13. Choo Chon Kai (Individual)
  14. Centre for Independent Journalism
  15. Dari Dapur Cik Tipah
  16. Dayang Nurhazieqa Hamzani (individual)
  17. Department of Anthropology and Sociology
  18. Family Frontiers
  19. Gibbon Conservation Society
  20. Individual – Students
  21. Individual(s) in FASS, UM
  22. Individual(s) in Ministry of Health
  23. Individuals in Universiti Teknologi Sarawak
  24. Individual(s) in Astro Awani
  25. Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN)
  26. Ismail bin Mohammed Noor (Individu)
  27. Haslinah binti Yacob
  28. Hazman Baharom, penyelidik, Universiti Waseda; pensyarah, Universiti JF Oberlin
  29. HAYAT
  30. Ho Yock Lin (President, AWAM)
  31. HUSH Collective
  32. Jamie Yap (Parti Sosialis Malaysia)
  33. Jurnal Sang Pemula
  34. Kamariah Rahmah, Lawyer, UM Alumna
  35. Klima Action Malaysia (KAMY)
  36. Kau Ok Tak
  37. Kaiser Ho, Monsters Among Us
  38. Kemban Kolektif
  39. Kinana Media Sdn Bhd
  40. Knowledge and Rights for Young People through Safer Spaces (KRYSS) Network
  41. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall’s (KLSCAH) Civil Rights Committee
  42. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Youth (KLSCAH Youth)
  43. Legal Dignity
  44. Malaysian Doctors for Women & Children
  45. Malaysia First
  46. Malaysian Student and Community of Leeds
  47. Mariani ‘Bam’ Ramli (Individu)
  48. Matahari Books
  49. Monsters Among Us (MAU)
  50. Muhammad Ariff bin Isa (Individu)
  51. MY FAT SQUAD
  52. Najibah Abu Bakar (penterjemah dan penulis buku, Alumni MLIS UM)
  53. Nur Effa Qamariani (Individu)
  54. Nursyukrina Md Khalil (Individu)
  55. Othman bin Mohammed Noor (Individu)
  56. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  57. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
  58. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  59. Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY)
  60. Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia
  61. Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  62. Persatuan Staff Akademik Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)
  63. Pusat Pelajar Marhaen (PPM)
  64. Rachel Tan Mei Chien – Industrial Relations Consultant (Individu)
  65. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  66. Reproductive Health Association of Kelantan
  67. Rubin Khoo (Individu)
  68. Rodziah binti Mansor (Individu)
  69. Rozita binti Lazim (Individu)
  70. Saiff bin Sunardi (Individu)
  71. Sofea bin Sunardi (Individu)
  72. Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]
  73. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  74. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  75. Shakila Zen (Individu)
  76. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  77. Society for Equality, Respect, and Trust for All.
  78. SIUMAN Collective
  79. Sisters in Islam (SIS)
  80. StandUp Malaysia
  81. Siti Amah Ahmad (Individu)
  82. Safiyyah bin Sunardi (Individu)
  83. Shamin Ballazi (endorsing as an individual, Educator, UM Alumnus)
  84. Sya A. (endorsing as an individual, Autistic and Disability Rights Advocate)
  85. Salman bin Sunardi (Individu)
  86. Sunardi Janin (Individu)
  87. Suri Intelek (Individu)
  88. Wan Afifi Zawawie bin Wan Zakaria
  89. WN Khuzairey (Individu)
  90. Women’s Aid Organisation (WAO)
  91. Women’s March Malaysisa 2024
  92. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
  93. Universiti Terbuka Anak Muda
  94. Zakiah Mohd Noor (Individu)
  95. Zikri Rahman, Koordinator Program Pusat Sejarah Rakyat

 

Layari:  Kenyataan Bersama berkaitan Kes Gangguan Seksual di Universiti Malaya