Kes Kematian Teoh Beng Hock: Ukuran Nilai Kemanusiaan dan Integriti Pakatan Harapan
1. Pada hari memperingati pemergian mendiang Teoh Beng Hock, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengeluarkan kenyataan memohon maaf, manakala pimpinan DAP pula mengadakan sidang media untuk memohon maaf dan menggesa keluarga Teoh agar menerima bayaran pampasan kewangan secara tanpa syarat.
2. Namun amat mengecewakan, baik pihak kerajaan mahupun parti politik seakan-akan mengelak daripada menangani inti pati sebenar kes ini, iaitu tiga tuntutan utama keluarga Teoh: i. mencari kebenaran, ii. menegakkan keadilan dan iii. melaksanakan reformasi institusi.
3. Sekiranya kerajaan cuba menutup kes ini dengan pampasan wang ringgit, atau memperkecilkan tragedi ini kepada urusan peribadi antara DAP dan keluarga mangsa, implikasinya adalah ia akan membiarkan penyalahgunaan kuasa dalam institusi berleluasa serta menyemarakkan budaya ‘bebas daripada hukuman’ dalam kalangan penguatkuasa.
4. Lebih mengecewakan lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution masih membisu mengenai isu hak asasi manusia yang penting ini sejak pengumuman keputusan NFA (no further action). Hal ini satu kegagalan kepemimpinan yang serius.
5. Perdana Menteri sering tampil di pentas antarabangsa; contohnya, sehari selepas ulang tahun kematian mendiang Teoh Beng Hock, beliau mengecam serangan udara Israel terhadap Syria. Pendirian ini wajar dipuji. Namun kami mendesak Perdana Menteri untuk menunjukkan kelantangan dan komitmen yang sama dalam menangani ketidakadilan di dalam negara, seperti kes Teoh Beng Hock. Jika tidak, komitmen hak asasi manusia kerajaan hanya akan dilihat sebagai retorik kosong dan bahan ketawa di mata dunia.
6. Kes ini melibatkan nyawa seorang rakyat, penyalahgunaan kuasa awam, integriti institusi, dan maruah negara. Oleh itu, kami mendesak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sendiri tampil menjawab tiga tuntutan keluarga Teoh:
a. Mencari Kebenaran: Menubuhkan pasukan siasatan jenayah antarabangsa dan profesional yang bebas, seperti yang disarankan oleh keputusan Mahkamah Rayuan, untuk menyiasat kematian ini secara menyeluruh dan mengenakan tindakan terhadap semua pegawai SPRM yang terlibat.
b.Tegakkan Keadilan: Mendakwa dan mensabitkan kesalahan terhadap pegawai yang melanggar hak asasi manusia bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.
c. Reformasi Institusi: Melaksanakan pindaan undang-undang dengan segera bagi mengelakkan kematian dalam tahanan akibat salah guna kuasa. Ini termasuk meminda Seksyen 30 Akta SPRM yang berkait dengan had masa soal siasat dan rakaman kenyataan, serta menggubal undang-undang menentang penyiksaan.
7. Kami juga ingin mengingatkan Pakatan Harapan tentang tanggungjawabnya sebagai parti komponen pemerintah. Dahulu, pimpinan PH lantang mengkritik kelemahan kerajaan lama dan memohon mandat rakyat untuk menuntut keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini, setelah mendapat kuasa pentadbiran, siasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan, dengan portfolio Menteri Dalam Negeri disandang oleh senator PKR sendiri, PH tidak lagi boleh beralasan atau menuding jari.
8. Dengan kuasa siasatan dan pendakwaan yang ada, kerajaan boleh dan wajar menyiasat semula dan mengambil tindakan sewajarnya. Malah, setelah hampir 52 bulan atau lebih 4 tahun mentadbir mulai tahun 2018, alasan “reformasi perlukan masa” tidak lagi boleh diterima.
9. Kami sekali lagi menyeru kerajaan untuk menunjukkan keazaman politik dan memberikan maklum balas secara langsung terhadap tiga tuntutan keluarga Teoh.
10. Jika tiada rasa belas kasihan, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa malu dan benci kejahatan, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa rendah diri dan tolak ansur, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa benar dan silapnya, bukanlah ia manusia.
11. Kes Teoh Beng Hock adalah tanda aras kepada moral politik dan keinsafan pentadbiran. Enam belas tahun telah berlalu, keadilan masih belum ditegakkan. Kes ini menguji sejauh mana pemimpin negara sanggup mempertahankan nilai kemanusiaan, nurani, etika dan prinsip kedaulatan undang-undang.
12. Pendekatan Perdana Menteri Anwar, DAP, dan Pakatan Harapan dalam isu ini akan dinilai oleh para anak muda serta mahasiswa. Jika mereka terus mengelak atau berdolak-dalih, undi kami akan menjadi hukuman terhadap mereka pada pilihan raya akan datang.
Disokong oleh:
- KLSCAH Youth 隆雪华青
- University of Malaya Association for New Youth (UMANY) 马大新青年
- MANDIRI
- Liga Demokratik Rakyat
- HAYAT
- Undi 18
- Klima Action Malaysia (KAMY)
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- New Era University College Student Union 新纪元大学学院学生会
- STUDENT PROGRESSIVE FRONT UUM
- Federasi Pemuda Kebangsaan
- Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
- Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia (Demokrat UKM)
- Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia
- Pertubuhan Mahasiswa Kongres Gombak (CONGRESS)
- Suara Mahasiswa UMS
- Liga Mahasiswa Malaysia
- Liga Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
- Liga Mahasiswa Universiti Sains Malaysia
- Liga Mahasiswa Universiti Malaya
- Liga Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin
- Pejuang Siswa UM
- Gerakan Mahasiswa Maju UPM
- Ikatan Anak Muda Tawau – IKAT
- Gerakan Perempuan Melawan
- Kesatuan Mahasiswa Universiti Alternatif
- Borneo Komrad
- Malacca Chinese Assembly Hall Youth Section 马六甲中华大会堂青年团
- Pemuda Pertubuhan Penganut Dewa Heng Soon Kong Tai Bak Gong Senai
- GERAKAN MAHASISWA MAJU UPM
- GenZScope
- Persatuan Kawan Karib Melaka
- Selangor and KL Hokkien Association Youth Section 雪隆福青
- Kuala Lumpur Eng Choon Hoey Kuan Youth Section吉隆坡永春会馆青年团
- Pertubuhan Anak Muda Maju
- The Selangor and KL Nan Ann Association Youth Section雪隆南安青
- Angkatan Generasi Insaf 新华青
- Agora Society Malaysia 群议社
- Persatuan Kwang Tung Selangor dan Kuala Lumpur Youth Section雪隆广东会馆青年部
- Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya 马来亚大学华文学会
- Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
- Cahaya Society
- Sunway University Chinese Cultural Society 双威大学华文学会
- Youth Bureau of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall 森美兰中华大会堂青年团




