【Kenyataan Media】Mengecam Perilaku Keganasan UMNO, Hentikan Budaya “Politik Samseng”

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas dan gangster dari sekumpulan ahli UMNO dan penyokong-penyokong Najib terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk membantah Najib dan skandal 1MDB yang beliau terlibat.

Menurut laporan akhbar, golongan samseng yang kasar dan biadap ini bukan saja memukul dan mencekik mahasiswa, bahkan mengugat dan cuba mencederakan wartawan yang menjalankan tugas. Tindakan keganasan sebegitu adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Kami menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melampau ini.

Kami menegaskan bahawa setiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan bebas bersuara untuk menunjukkan pendirian masing-masing seperti yang dijaminkan di bawah Perlembagaan Negara. Amalan demokrasi ini perlu dihormati dan masyarakat kami tidak mengizinkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian apabila mempunyai pandangan yang berbeza.

Kami berpendapat bahawa pemimpin UMNO dan Najib perlu bertanggungjawab terhadap kekecohan ini dengan memecat ahli parti yang terlibat dan meminta maaf kepada kumpulan mahasiswa dan wartawan tersebut. Selain itu, UMNO harus menjalankan reformasi dengan menghentikan “politik samseng” dan mendidik ahli-ahlinya mengenai pengetahuan hak asasi manusia dan semangat demokrasi supaya berunding dengan aman dan rasional. Jangan mencetuskan tindakan keganasan yang menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan.

Sebaliknya, tindakan mahasiswa yang berani bersuara dan mengkritik perlu digalakkan dan dipertahankan. Mahasiswa seharusnya sentiasa peka terhadap isu-isu semasa, membantah ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta berani memperjuangkan hak-hak asasi mahasisiwa-mahasiswi dan rakyat.

Senarai nama yang disokong bersama

1. Pemuda, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor

2. Pemuda, Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan

3. Pemuda, Dewan Perhimpunan China Melaka

4. Pemuda, Dewan Perhimpunan Cina Kelantan

5. Pemuda, Persatuan Lee Bersatu Selangor dan Kuala Lumpur

6. Pemuda, Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur

7. Youth Era

8. Pemuda, Persatuan Teo Chew Selangor dan Kuala Lumpur

9. Gerakan Mahasiswa Maju UPM

10. Pemuda, Persatuan Fui Chiu W.P dan Selangor

11. Pemuda, Persatuan Kwangsi Selangor dan Kuala Lumpur

12. Pemuda, Persatuan Ching Yuen Selangor & W.P.