【Kenyataan Media】: Semak semula keputusan penarikan balik Statut Rome(双语文告)

【Kenyataan Media】: Semak semula keputusan penarikan balik Statut Rome
(中文文告在此下方)

Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor membidas keputusan kabinet untuk menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Pada 4 Mac lalu, Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah mewakili Malaysia menandatangani Statut Rome, tetapi kini kabinet membuat “U-turn”, menunjukkan kabinet tidak memandang berat kepada Konvensyen Antarabangsa, malah merosakkan imej antarabangsa negara kita.

Penarikan balik Statut Rome adalah kali kedua kerajaan mengundurkan diri dari isu menegakkan keadilan dan hak asasi manusia sejak kerajaan Pakatan Harapan mentadbir Malaysia. Sebelum ini, kabinet mengumumkan bahawa tidak akan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Konvensyen antarabangsa mempunyai peranan yang penting dalam menegakkan hak asasi manusia sejagat serta melindungi demokrasi dan keadilan. Kandungan konvensyen itu adalah merentasi agama, negara, bangsa, malah berasaskan nilai-nilai universal sejagat.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2002 di bawah Statut Rome, adalah mahkamah tetap pertama di dunia yang boleh membicarakan empat jenayah antarabangsa, iaitu penghapusan etnik (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa sedang menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Afghanistan dan jenayah perang Israel. Sebab utama mengapa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mahu menyiasat Amerika Syarikat adalah kerana pengeboman tentera AS di Afghanistan menyebabkan kematian orang awam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak. Di Palestin, Israel telah melakukan pelbagai penindasan ketenteraan terhadap mereka, seperti serangan udara dan pembunuhan yang mengakibatkan orang awam terbunuh.

Pada masa itu, Malaysia membantah Amerika Syarikat dan sekutunya berperang di Afghanistan dan mempercayai bahawa peperangan tidak dapat menghapuskan aktiviti pengganas dengan berkesan. Dalam konflik Israel-Palestin, Malaysia sentiasa bersama dengan Palestin dan telah berkali-kali mengkritk penindasan Israel terhadap Palestin.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa tidak bertujuan untuk menggantikan bidang kuasa kehakiman negara. Mahkamah negara akan terus menikmati keutamaan menyiasat dan mendakwa jenayah di dalam bidang kuasa mereka. Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya mengambil tindakan jika mahkamah negara tidak dapat atau enggan menjalankan bidang kuasa kehakiman. Kami menyokong Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana kami tidak bersetuju dengan keenggapan Amerika Syarikat dan Israel menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh mereka.

Kami menggesa Kerajaan menyemak semula keputusan penarikan balik Statut Rome, menangani cabaran pandangan konservatif, serta tidak mengikut jejak langkah Amerika Syarikat dan Israel yang menafikan keadilan. Negara kita harus aktif memainkan tanggungjawab antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa dan komited dalam menegakkan keadilan.

吁内阁检讨撤回签署决定
《罗马规约》保障公义人权

隆雪华青批评内阁在签署联合国《罗马规约》一个月后宣布撤回有关签署。 外交部部长拿督赛夫丁阿都拉在今年3月4日代表我国签署《罗马规约》,如今内阁立场U转,显示内阁把国际公约视为儿戏,严重破坏我国的国际形象。

撤回签署《罗马规约》是希盟政府上台后第二次在维护人权议题上退后。在此之前,内阁宣布不签署《消除一切形式种族歧视国际公约》(ICERD)。

国际公约对于维护普遍人权、保障民主和公义有着不可低估的作用。公约内容皆离不开超越宗教、国家、民族,出于人类的良知与理性的普世价值,是人类普遍认可的共同价值。

国际刑事法院于2002年根据《罗马规约》成立,是世界上第一个可起诉战争罪、侵略罪、危害人类罪和种族灭绝罪的常设法院。

国际刑事法院欲调查美国人在阿富汗犯的战争罪行和以色列人的战争罪行。国际刑事法院要调查美国的主要原因是因为当初美军的狂轰滥炸导致了阿富汗很多无辜平民,包括妇女和儿童丧生。巴勒斯坦方面则是以色列对他们进行了各种各样的武力镇压,比如通过空袭和其他杀戮的行动,导致巴勒斯坦的平民伤亡。

当年,马来西亚反对美国及盟军向阿富汗开战并认为战争不可能有效地消灭恐怖活动。在以色列——巴勒斯坦冲突中,马来西亚一直以来都是站在巴勒斯坦一方,多次谴责以色列压迫巴勒斯坦。

国际刑事法院不是要替代国家的管辖权,而是起补充的作用。国家法院将继续享有在其管辖权范围内对罪行进行调查和起诉的优先权。按照补充性原则,国际刑院只是在国家法院不能够或者不愿意行使管辖权的情况下才采取行动。我们认为美国和以色列不愿就战争罪行展开调查,因此我们更应该支持国际刑事法院。

我们促请政府检讨撤回签署《罗马规约》的决定,要求政坚定的面对保守势力的挑战,同时也勿步美国和以色列的后尘,应当积极发挥国际责任,扮演加强国际法维护人权的角色。