【Kenyataan Media】 Menuntut Najib hentikan jawatannya segera untuk siasatan skandal 1MDB

<img src="http://i1.wp.com/youth.klscah.org.my/wp-content/uploads/2016/04/NAJIB-1MDB.jpg?resize=550%2C303" alt="NAJIB-1MDB" class="alignnone size-full wp-image-2081" srcset="http://i1.wp.com/youth.klscah.org.my/wp-content/uploads/2016/04/NAJIB-1MDB.jpg?w=550 550w, http://i1.wp.com/youth.klscah.org cialis vergleich viagra.my/wp-content/uploads/2016/04/NAJIB-1MDB.jpg?resize=300%2C165 300w, http://i1.wp.com/youth.klscah.org.my/wp-content/uploads/2016/04/NAJIB-1MDB.jpg?resize=450%2C248 450w” sizes=”(max-width: 550px) 100vw, 550px” data-recalc-dims=”1″ />
sumber: Bernama

Sementara Skandal 1MDB masih tertangguh dalam siasatan, ia sekali lagi didedahkan oleh Media dari Australia ,Rancangan TV “Four Corner” bahawa terdapat beberapa jumlah duit yang sumbernya tidak jelas dipindah ke dalam bank akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Sehubungan ini, kami menggesa PM Najibmemberi respon segera terhadap dakwaan ini, dan memberi maklumat mengenai apa yang berlaku terhadap duit dana ini. Sementara itu, kami juga menggesa Najib berhenti dari segala jawatan rasminya sepanjang penyiasatan untuk menunjukkan integriti dan akauntabiliti.

Kebelakangan ini, liputan dari media luar negara yang selanjutnya membongkarkan berbillion Wang dimasuk ke dalam akaun peribadi Najib, dan telah menimbulkan perhatian dari antarabangsa. Pihak polis atau agensi-agensi anti-rasuah dari luar negara termasuknya Amerika Syarikat, British, Switzerland, Singapore, Hong Kong telah membuka siasatan mengenai perpindahan duit tersebut yang syak dalam 1MDB. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak dapat dinafikan tanggungjawabnya.

Skandal dari 1MDB telah mencemarkan imej negara dan mengakibatkan kehilangan kredibiliti pemimpin negara di mata rakyat dan juga dunia. Krisis 1MDB melibatkan jenayah berat, Najib sebagai Ketua Eksekutif Negara, beliau perlu menjawab setiap dakwaan itu, dan memberi maklumat terperinci untuk siasatan serta menyerahkan bukti untuk menafikan perbuatan salah-laku yang didakwa kepadanya.

Dalam Negara yang demokrasi, kerajaan seharusnya adil dan telus dalam setiap urusan tadbir mereka, memperlihara hak rakyat untuk mendapatkan maklumat mengenai kepentingan awam tanpa halangan dan gangguan. Selain itu, akaun kewangan awam negara harus diumumkan dengan teliti dan pemimpin negara harus istiharkan hartanya termasuklah akaun peribadi untuk pengawasan dari media dan rakyat.

Dengan praktis “checks and balances”yang bagus, penyelewangan dan salah guna kuasa kerajaan dapat dibataskan kepada tahap minimum, dan memastikan kepentingan awam dan rakyat dijaga. Malangnya, media tempatan yang meliputi berita 1MDB telah disekat oleh kerajaan dan menyebabkan rakyat hanya dapat memperoleh maklumat dari sumber media luar negara. Kami menggesa kerajaan untuk menghentikan segala kesekatan atas kebebasan media, memastikan media bebas dari campur tangan politik dalam pelaksanaan tanggungjawab mereka.

Di samping itu, untuk memastikan siasatan yang telus dan bebas, dan mengelakkan konflik kepentingan, Datuk Seri Najib Razak patutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kami menyeru semua ahli parlimen mengutamakan suara rakyat dengan menuntut Najib hentikan jawatannya segera untuk siasatan skandal 1MDB.

Kenyataan media dari:

1. Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpu dan Selangor (KLSCAH)
2. Pemuda Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
3. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
4. Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
5. Students Unify Front UKM
6. Johor Yellow Flame (JYF)
7. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia
8. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien WP & Selangor
9. Pemuda Dewan Perhimpunan China Negeri Melaka
10. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan K.L
11. Malaysian Youth and Students’ Democratic Movement (DEMA)