Adakah Madani Basmi Kemiskinan?

Tarikh: 17 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 8pm-10:30pm
Tempat: Auditorium Cheng Yi, Aras 2, KLSCAH

Barisan Panelis:
Sivaranjini Manikam (Wakil Pekerja)
Muhammad Sha’ani (Pembela Hak Asasi)
Tijah Yok Chopil (Wakil Orang Asli)
Ameer Khan (Wakil Peneroka)
Zakwan Shahruddin (Wakil Pekerja Gig)

Moderator: Wong Yan Ke (Ketua Pemuda KLSCAH)

Anjuran Bersama:
Pemuda KLSCAH
Gabungan Marhaen

Pengenalan:
Isu kemiskinan terus menghantui masyarakat Malaysia meskipun pelbagai dasar dan inisiatif telah diperkenalkan di bawah agenda Malaysia Madani. Namun persoalannya, sejauh manakah keberkesanan pendekatan Madani dalam membasmi kemiskinan secara adil dan menyeluruh?

Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, pihak penganjur mengadakan satu forum yang menghimpunkan suara daripada panel wakil pekerja, pembela hak asasi, orang asli, peneroka dan pekerja gig bagi membincangkan cabaran hidup rakyat dalam era Malaysia Madani.

Forum ini percuma dan semua dijemput hadir!