【活动】Seminar Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?

Tarikh: 22hb February 2011 (Selasa)
Masa: 8pm-11pm
Tempat: Auditorium Tingkat Atas, KLSCAH

Penganjur Bersama:
Free Public Forum Malaysia (FPF) + Merdeka Review + Bahagian Pemuda KLSCAH

Gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang sedang berlaku amat menggemparkan seluruh dunia. Rejim kediktatoran Hosni Mubarak berakhir dengan pengunduran beliau dari kerusi Presiden Mesir dan telah menjadi simbol kemenangan kuasa rakyat dalam usaha menjatuhkan kezaliman rejim yang menindas rakyat sepanjang 30tahun pemerintahan beliau.

Antara perkara yang perlu diteliti, kebangkitan rakyat marhaen di Tunisia, Yaman dan Jordan menjadi antara faktor besar berlakunya kebangkitan rakyat Mesir. Bahkan di saat ini, kebangkitan rakyat ini telahpun berjangkit sehingga terkini di Iran dan Bahrain dan mendapat perhatian seluruh dunia.

Namun, apakah kesudahan bagi kebangkitan gerakan ini? Apakah pengunduran Mubarak sekadar akan berakhir dengan penggantian satu lagi rejim kediktatoran yang baru?

Apakah keadaan yang berlaku ini akan menjanjikan lembaran baru kepada demokrasi yang lebih sihat serta memberi ruang kepada seluruh warga tanah air di Mesir dan Timur Tengah umumnya dalam menyuarakan pandangan serta melibatkan diri terhadap proses pembuatan polisi yang akan lebih bersifat menguntungkan rakyat?

Adakah kuasa-kuasa dari blok barat khususnya AS sebagai kuasa besar politik dunia akan sekadar berdiam diri tanpa sebarang campur tangan lebih-lebih lagi bagi memastikan kepentinngan mereka terpelihara?

Dimana dan bagaimanakah pula kedudukan kumpulan-kumpulan Islam yang amat signifikan terhadap persoalan pertembungan antara blok-blok ideologi termasuklah berkaitan pembebasan tanah air dari cengkaman pemerintahan diktator-sekular negara-negara Timur Tengah?

Ayuh, diskusikan bersama…

Panelis:
1) YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Penulis buku ‘Menuju PAS Baru’)
2) Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas)
3) YB Liew Chin Tong (Research for Social Advancement-REFSA)
4) Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM)

Seminar terbuka kepada semua. Masuk percuma.
Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada Miss Loo 03-22746645.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *